Remaja lelaki ditemui mati di tapak pasar malam - Utusan Malaysia

Remaja lelaki ditemui mati di tapak pasar malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Seorang remaja lelaki ditemui mati dalam keadaan duduk di atas kerusi di Tapak Pasar Malam Batu 4, Jalan Pantai di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, remaja dikenali sebagai Manmathan itu beralamat di Kampung Indah, Bahau.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Port Dickson.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Remaja ini pernah ditahan polis di Port Dickson awal Januari lalu kerana disyaki menghidu gam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Aidi Sham berkata, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

Kata beliau, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes itu buat masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini