Rampas 2,190 rokok selepas ekori penyeludup 42 km  - Utusan Malaysia

Rampas 2,190 rokok selepas ekori penyeludup 42 km 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Tindakan Pasukan Polis Marin (PPM) mengekori sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) penyeludup sejauh 42 kilometer (km) membuahkan hasil apabila merampas  2,190 rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM275, 666.40 termasuk cukai, di sini semalam. 

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, kesemua rokok itu dirampas di Taman Sierra, Puchong dan Seri Kembangan. 

Komander PPM Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata,, kejayaan itu hasil maklumat dan risikan pihaknya yang mengesan sebuah 4WD jenis Toyota Hilux dipandu seorang penyeludup lelaki berusia 31 tahun dari pekan Banting hingga Taman Sierra, Puchong. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pihaknya kemudiannya menahan kenderaan itu sebaik tiba di kawasan perumahan itu dan menemui sejumlah rokok seludup di bahagian belakang kenderaan. 

“Soal-siasat terhadap suspek kemudiannya membawa kepada serbuan sebuah rumah di taman perumahan itu yang dijadikan markas penyimpanan rokok seludup. 

“Hasil siasatan lanjut terhadap penyeludup itu sekali lagi membawa kepada ke Seri Kembangan dengan menemui juga rokok seludup yang disimpan di dalam kereta jenis Nissan Sylphy,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Jelas Rosman, antara rokok yang dirampas termasuk 1,380 karton rokok jenis Luffman, Canyon Merah (600), Suria (150), Semporna Merah (40) dan Dji Samsoe (20).

Beliau menambah turut dirampas adalah dua kenderaan penyeludup itu dengan nilai keseluruhan rampasan bernilai RM415, 666.40.

“Kesemua barangan rampasan termasuk suspek dibawa ke Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini