Rafizi yakin polis siasat ketulenan video seks - Utusan Malaysia

Rafizi yakin polis siasat ketulenan video seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yakin pihak berkuasa akan mengesahkan ketulenan video skandal seks sejenis yang mengaitkan seorang menteri kanan Kabinet Pakatan Harapan (PH) yang tular baru-baru ini.

Beliau berkata, pihak berkuasa juga berupaya untuk mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab mewujudkan kumpulan dalam aplikasi WhatsApp berhubung penularan video seks yang didakwa mirip Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Jelas Rafizi yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan, semua pihak walau bagaimanapun digesa supaya berhenti membuat sebarang spekulasi mengenai video seks tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bila ada spekulasi kata orang itu dan orang ini terlibat, maka fitnah itu akan berganda buat kali kedua, ketiga dan keempat,” katanya memetik portal berita, Free Malaysia Today (FMT) hari ini.

Terdahulu, Rafizi ditemui pada majlis Rumah Terbuka dan Sambutan Aidilfitri Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini