PTKL dijangka diniagakan tinggi minggu depan - Utusan Malaysia

PTKL dijangka diniagakan tinggi minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) dijangka diniagakan tinggi minggu depan, berikutan pasaran dalam trajektori meningkat semula dengan peniaga mula kembali daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Peniaga berkata, PTKL sibuk dengan penjual pada minggu ini, dengan pasaran berada pada tahap yang menarik untuk peniaga membuat belian.

“Harga dijangka berada antara AS$19,100 dan AS$19,300 satu tan minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, harga timah akan turut menjejaki prestasi logam lain di penanda aras Bursa Logam London (LME), yang menunjukkan aliran meningkat.

“Bagaimanapun, hala tuju pasaran akan turut bergantung kepada keadaan geopolitik luaran,” katanya.

Pada minggu ini, harga timah tempatan lemah, berikutan peniaga masih bercuti.

Selain peniaga tempatan, PTKL turut menyaksikan penyertaan daripada pembeli dari China, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Eropah, Pakistan dan Bangladesh.

Sementara itu, bagi asas Jumaat kepada Jumaat, harga di PTKL naik AS$80 kepada AS$19,230 satu tan daripada AS$19,150 satu tan pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 91 tan daripada 68 tan.

Perbezaan harga antara PTKL dan LME pada diskaun AS$145 satu tan pada Jumaat daripada diskaun AS$210 satu tan minggu lepas. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini