Prolintas turap jalan sekitar pembinaan Suke - Utusan Malaysia

Prolintas turap jalan sekitar pembinaan Suke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) telah melaksanakan kerja-kerja penurapan semula jalan secara berperingkat di beberapa kawasan yang melibatkan pembinaan projek Lebuh Raya Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang (Suke), semalam.

Prolintas berkata, tindakan itu diambil berikutan pihaknya mendapat maklum balas orang awam yang melalui Jalan 10/142 (berhampiran Persiaran Alam Damai), Jalan 3/118B (susur Bandar Tasik Selatan), Jalan 1/144A Taman Len Seng dan Jalan Alam Damai.

Dalam kenyataannya, Prolintas memaklumkan, pihaknya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu, kerja-kerja penurapan telah dilaksanakan pada bulan April dan masih giat dijalankan di kawasan terbabit.

“Kerjasama dan kesabaran semua pihak adalah sangat diharapkan bagi melancarkan kerja-kerja sepanjang penurapan ini dijalankan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini