Politik ketika khutbah Aidilfitri, jemaah ‘angkat kaki’ - Utusan Malaysia

Politik ketika khutbah Aidilfitri, jemaah ‘angkat kaki’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 9 Jun – Berang dengan kandungan khutbah solat sunat Aidilfitri yang dipercayai berunsur politik, sekumpulan umat Islam di Jawa Tengah nekad beredar secara beramai-ramai meninggalkan ibadah itu, baru-baru ini.

Insiden yang kini tular dalam media sosial itu dilaporkan berlaku di Desa Gaden, mukim Trucuk di daerah Klaten, Rabu lalu.

Lapor Tribun News, jemaah mengambil keputusan untuk meninggalkan lokasi kejadian apabila khatib memilih tajuk politik dalam ceramahnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jemaah juga kesal dengan tindakan khatib yang tidak seharusnya berpolitik ketika me­nyampaikan khutbah Aidilfitri.

Video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @kirakswasta, Khamis lalu itu turut mengundang kencaman netizen.

Dalam videonya itu, @kirakswasta turut menyebut yang rakyat sudah bosan untuk mendengar ceramah politik dan tujuan ke rumah ibadat adalah untuk mendapatkan ketena­ngan, dan bukan sebaliknya.

Setakat ini, video tersebut mendapat 3,043 ‘likes’ serta dikongsi 2,510 netizen.

Seorang lagi pengguna Twitter, @Imnida03 kesal dengan kejadian itu dan menyifatkan detik berkenaan sepatutnya dimanfaatkan untuk mengeratkan tali persaudaraan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini