Polis terima laporan berhubung video seks mirip seorang menteri - Utusan Malaysia

Polis terima laporan berhubung video seks mirip seorang menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Polis menerima satu laporan berhubung rakaman video seks mirip seorang menteri Kabinet yang tular di media sosial sejak semalam.

Difahamkan, laporan itu dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzafir Mohd. Yussof dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh seorang lelaki.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ekoran kes berkenaan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas di Bukit Aman.

Semalam, beberapa klip video tular memaparkan dua lelaki berada di atas katil dalam keadaan bogel melakukan aksi seksual dengan seorang daripadanya didakwa kelihatan menyerupai menteri kabinet.

Susulan itu, satu video dimuat naik seorang pemuda awal pagi tadi yang turut membuat pengakuan dirinya terlibat dalam video seks sejenis membabitkan menteri berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini