Polis sahkan terima laporan berhubung video seks tular - Utusan Malaysia

Polis sahkan terima laporan berhubung video seks tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung penularan video seks luar tabii didakwa melibatkan seorang Menteri Kabinet dan seorang pemuda yang tular semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan mengatakan kes tersebut dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas di Bukit Aman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, laporan itu dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam di Ibu pejabat Polis Daerah Kajang petang semalam.

Semalam, beberapa klip video tular memaparkan dua lelaki berada di atas katil dalam keadaan bogel melakukan aksi seksual dengan seorang daripadanya didakwa kelihatan menyerupai Menteri Kabinet.

Hari ini, satu video dimuat naik seorang pemuda awal pagi tadi yang membuat pengakuan dirinya merupakan seorang daripada lelaki dalam video tersebut dan mendakwa seorang lagi lelaki adalah menteri berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini