Polis rampas RM55,000 bunga api, mercun - Utusan Malaysia

Polis rampas RM55,000 bunga api, mercun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI – Polis menahan empat individu serta merampas pelbagai jenis bunga api dan mercun bernilai kira-kira RM20,000 di kawasan bazar Ramadan, Pusat Perdagangan Kota Tinggi di sini pada pukul 9 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, mereka yang ditahan termasuk seorang wanita dan seorang lelaki warga Kemboja berusia antara 17 hingga 40 tahun.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis menjalankan Ops Mercun Bersepadu semalam dan berjaya menahan empat individu dan merampas 254 kotak mengandungi pelbagai jenis bunga api dan mercun bernilai RM20,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepanjang Ramadan ini, Polis Daerah Kota Tinggi telah melakukan lima serbuan dengan keseluruhan rampasan berjumlah RM55,000,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Tambah Ahsmon, kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 manakala warganegara Kemboja terlibat turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini