BAITULMUQADDIS – Polis Israel menyatakan kelmarin bahawa pihaknya menembak seorang lelaki Palestin yang menyerang anggota dengan menggunakan bunga api di Baitulmuqaddis Timur manakala Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan mangsa mati akibat kecederaan. Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld berkata, suspek menembak bunga api ke arah anggota-anggota polis ketika pihak berkuasa mengadakan operasi di kejiranan Issawiya. “Akibat membedil bunga api dan membahayakan nyawa polis, lelaki Palestin itu ditembak dan mengalami kecederaan kritikal,” katanya. Sementara itu, Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan mangsa, Mohammed Obeid, 20, meninggal dunia akibat kecederaan. “Seorang rakyat Palestin mati syahid selepas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya