MELAKA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian merogol adik ipar perempuannya berusia 15 tahun beberapa kali di kawasan sekitar Gadek, Alor Gajah sejak hujung Mac hingga pertengahan April lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nor Yhazid Idris berkata, suspek berusia 39 tahun itu didakwa telah merogol mangsa di beberapa kawasan terpencil dan gelap termasuk di dalam semak, di bawah jambatan…










