Pogba mahu tinggalkan Manchester United - Utusan Malaysia

Pogba mahu tinggalkan Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 16 Jun – Paul Pogba memberi isyarat jelas dia mahu meninggalkan Manchester United musim panas ini untuk mencari cabaran baharu.

Tonggak Perancis ketika menjuarai Piala Dunia 2018 itu gagal memenuhi pengharapan tinggi sejak tiba di Old Trafford dari Juventus pada 2016.

Pogba, 26, dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid, malah bekas pasukannya, Juventus turut menyuarakan minat untuk kembali mendapatkan khidmat pemain tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudah tiga tahun saya ber­ada di Manchester dan saya mengharungi tempoh yang sangat hebat.

“Selepas tamat musim ini dan semua yang berlaku, saya rasa sudah tiba masanya untuk mencari cabaran baharu.

“Apabila saya kata cabaran baharu, saya memikirkan tentang perlunya beraksi di tempat lain,” kata Pogba kepada wartawan The Guardian yang berada di Tokyo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini