‘Pocong tarawih’ usik pemandu ditahan - Utusan Malaysia

‘Pocong tarawih’ usik pemandu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 3 Jun – Polis di Pemalang, Jawa Tengah, menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang berpakaian se­perti hantu pocong dan me­ngusik pemandu kenderaan di Jl. Tentara Pelajar di Mulyoharjo.

Jakarta Post melaporkan, remaja tersebut yang dikenali sebagai AM, telah ‘menghantui’ laluan tersebut ketika waktu solat tarawih dan sahur.

Ketua Polis Pemalang, Ketut Mara berkata, pihaknya menerima beberapa laporan mengenai penampakan po­cong daripada penduduk di kawasan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan laporan itu, pasukan polis Pemalang dan peronda ketenteraman awam menjalankan siasatan lanjut,” katanya seperti dipetik melalui Kompas.

Jelasnya, polis menjalankan operasi ‘membanteras hantu’ di Jl. Tentara Pelajar baru-baru ini apabila ‘hantu’ tersebut cuba menakut-nakutkan mereka.

“Suspek diberikan amaran oleh pegawai kerana dia masih lagi bawah umur. Tindakannya mengundang bahaya kepada penunggang motosikal dan pemandu kenderaan,” katanya.

Dalam pada itu, AM me­ngakui kesilapannya dan me­lakukan perkara itu hanya untuk suka-suka.

“Saya menyesal dan berjanji tidak akan melakukannya lagi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini