KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini merasmikan pembukaan ruang pameran Marvel Studios di pusat beli-belah Pavilion di sini. Ruang pameran itu menghimpunkan pelbagai karakter, filem serta teknologi yang dihasilkan oleh syarikat pembikinan filem tersebut. Ruang pameran itu akan dibuka kepada orang ramai bermula esok hingga hujung Oktober depan dengan harga tiket serendah RM28 sehingga RM58 seorang. Dr. Mahathir hadir bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah…










