JOHOR BAHRU – Proses cadangan pindaan Perlembagaan UMNO bukan dibuat untuk menyingkir atau menjatuhkan mana-mana pemimpin seperti dakwaan sesetengah pihak, tegas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Menurutnya, cadangan pindaan itu adalah bertujuan untuk membuka UMNO seluas-luasnya terutama kepada anak-anak muda yang berminat menjadi ahli parti kerana proses sedia ada menyukarkan mereka memohon menjadi ahli tetap. Beliau berkata, bagi mana-mana pemimpin yang sedang berdepan proses perundangan, UMNO tidak akan…










