KLANG 27 Jun – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima penajaan lebih RM1.17 juta untuk Piala Sultan Selangor 2019 yang dijadual diadakan di Stadium Shah Alam pada 24 Ogos nanti. Sultan Sharafuddin menerima penajaan tersebut di Istana Alam Shah dalam satu majlis minum petang bersama 15 syarikat tajaan termasuk kerajaan Selangor serta syarikat milik kerajaan (GLC) negeri. Majlis minum petang itu turut dihadiri Menteri Besar, Amirudin…










