Petugas awal Tabung Haji berlepas ke tanah suci - Utusan Malaysia

Petugas awal Tabung Haji berlepas ke tanah suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Jun – Musim haji telah bermula dan jemaah dari seluruh dunia, termasuk negara ini mula melakukan persiapan akhir bagi menunaikan rukun Islam kelima tersebut.

Seperti biasa, operasi jemaah haji dari Malaysia akan dikendalikan oleh Lembaga Tabung Haji yang telah dari awal melakukan pelbagai persiapan, sama ada di tanah air atau di tanah suci Mekah dan Madinah.

 

Hari ini, seramai 151 petugas Tabung Haji telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) ke Jeddah yang menggunakan pesawat Malaysia Airlines MH150.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis meraikan keberangkatan mereka telah diadakan di TH Hotel di Kelana Jaya hari ini yang turut dihadiri oleh pengurusan kanan Tabung Haji.

 

Menurut Pengurus Besar Hal Ehwal Awam Dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji, Anis Zuhani Ahmad, mereka adalah petugas di bahagian kebajikan dan perubatan dan merupakan sebahagian daripada 350 petugas awal yang dikenali sebagai Petugas Advance Party.

 

Jumlah petugas keseluruhan tahun ini ialah sebanyak 640 orang dengan 380 daripadanya adalah petugas kebajikan dan 260 petugas perubatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini