Petronas perkenal perkhidmatan mengisi minyak ROVR - Utusan Malaysia

Petronas perkenal perkhidmatan mengisi minyak ROVR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) melalui Petronas Dagangan Berhad (PDB) menawarkan perkhidmatan mengisi minyak bergerak yang pertama di Malaysia dikenali sebagai ROVR.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, perkhidmatan ROVR menerima maklum balas positif daripada pelanggan B2B dan PDB bersedia untuk meneroka pasaran yang lebih luas lagi.

Menurut beliau, trak mengisi minyak ROVR dijamin selamat dan diperakui untuk penghantaran dan pengeluaran minyak mematuhi keperluan ketat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan pengawalseliaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua trak ROVR dilengkapi dengan sensor untuk memantau maklumat penting dan mengekalkan keselamatan operasi sepanjang tempoh perkhidmatan. Barisan jentera ROVR terdiri daripada sebuah trak berkapasiti 4,000 liter dan tiga trak 11,000 liter untuk pelanggan komersial.

“Trak dengan kapasiti 3,000 liter untuk pengguna akhir kerana masih dalam peringkat ujian. PDB akan mengembang perkhidmatan ROVR ke seluruh negara serta menambah lebih banyak tapak pengisian minyak menjelang hujung tahun ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini