KHARTOUM – Kedai-kedai dan perniagaan kekal tutup serta penduduk tidak keluar rumah dengan kempen keingkaran awam seluruh negara memasuki hari ketiga, di sini hari ini.
Kempen tersebut bertujuan memberi tekanan kepada pemerintah tentera untuk mengembalikan kuasa kepada awam.
Protes yang digerakkan pada Ahad lalu selepas hampir seminggu berbelas orang terbunuh dalam serangan angkatan keselamatan terhadap mogok duduk di luar ibu pejabat tentera. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











