KETUA jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe (TCH) masih belum berpuas hati dengan ketajaman penyudah pasukan negara meskipun berjaya menundukkan Nepal 2-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin. Jelas Cheng Hoe, barisan serangan skuad negara perlu lebih mantap supaya sentuhan mereka mampu menggugat pasukan lawan menjelang aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Timor-Leste pada 7 dan 11 Jun ini. Menurutnya, pemain Harimau Malaya perlu memanfaatkan baki latihan beberapa hari ini untuk mengatasi kelemahan tersebut sebelum turun menggalas misi wajib menang ke atas Timor…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya