KUALA LUMPUR – Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) akan mengadakan majlis penyerahan kunci lori pemampat kompaktor bagi kutipan sampah domestik di Taman Tasik Millenium, Kuala Kubu Bharu, Selangor pada Rabu ini.
MDHS dalam kenyataan di sini hari ini berkata, majlis pada pukul 9 pagi itu akan disempurnakan oleh Yang Dipertua MDHS, Shukri Mohamad Hamin.
“Program ini akan diisi dengan penyerahan kunci mock lori kompaktor oleh KDEB Waste Management Sdn. Bhd.,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











