DUNGUN – Seorang penyelia tapak industri minyak dan gas maut setelah motosikal yang ditunggangi melanggar seekor anjing sedang melintas di Jalan Santong berhampiran Pusat Pemprosesan Minyak dan Gas, GPP 5 dan 6 dekat sini pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.55 pagi, Mustaffa Said, 42, disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Klinik Kesihatan Paka pukul 8.22 pagi akibat kecederaan dalaman dan di muka. Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah ketika…










