KUALA LUMPUR – Pengamal perubatan am yang bekerja di klinik swasta hanya meminta penyelarasan dan perolehan konsultasi fi iaitu jadual bayaran yang telah dipersetujui kerajaan tetapi tidak diwartakan pada 2013.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Mohamed Namazie Ibrahim berkata, penyelarasan ini bukan satu kenaikan fi klinik swasta.
Sebaliknya beliau berkata, penyelarasan dan perolehan konsultasi fi telah dipersetujui pada tahun 2013 ini diwartakan kepada pegawai perubatan yang bekerja di hospital swasta di bawah Jadual 13 Peraturan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (PHFSA).
Namun, pengamal perubatan am yang bekerja di klinik swasta pula tidak dilibatkan dan diabaikan di bawah Jadual 7 dalam akta sama.
“Kenaikan tersebut telah dilaksanakan dan kesannya telah dikurangkan. Dalam jadual semasa fi ketujuh, konsultasi fi untuk klinik swasta adalah RM10 hingga RM35 dan ia tidak disemak semula semenjak tahun 1992.
“Pegawai perubatan di hospital swasta yang mempunyai kelayakan sama seperti pengamal perubatan am yang bekerja di klinik swasta berpusat di rumah kedai telah mengenakan bayaran antara RM30 hingga RM125 bagi setiap konsultasi manakala klinik swasta yang berpusat di rumah kedai masih mengeluarkan resit untuk bayaran konsultasi yang sama seperti 27 tahun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambah Mohamed Namazie, kemudahan akses, kesesakan di hospital, masa menunggu yang singkat dan bayaran lebih rendah merupakan antara sebab mengapa mereka (pesakit) memilih untuk ke klinik bagi pemeriksaan kesihatan atau isu kesihatan kecil.
Namun, katanya, jadual bayaran semasa telah membuat ia mustahil untuk klinik swasta meneruskan operasi klinik mereka.
“Pada tahun lepas sahaja, lebih 300 klinik di negara ini ditutup. Walaupun penyelarasan jadual bayaran itu bermakna akan terdapat kenaikan fi konsultasi dan RM10 hingga RM35 untuk setiap konsultasi kepada RM30 hingga RM125 untuk setiap konsultasi, namun masih terdapat struktur bayaran perlu dipatuhi o1eh klinik swasta.
“Di bawah struktur fi RM30 hingga RM125, RM30 hingga RM50 boleh dikenakan untuk konsultasi yang mudah (sehingga 10 minit), RM51 hingga RM80 untuk konsultasi sederhana (sehingga 20 minit) dan RM81 hingga RM125 untuk konsultasi Yang rumit (lebih danpada 20 minit),” ujarnya.
MMA juga katanya, ingin menyakinkan orang ramai bahawa walaupun dengan penyelarasan jadual bayaran, segmen golongan berpendapatan rendah (B40) masih akan dikenakan fi yang berpatutan.
Penyelarasan ini, katanya, akan menjadi isu penting kepada kestabilan klinik di seluruh negara dan juga akan membantu menangani isu-isu yang dihadapi o1eh klinik swasta dengan pentadbir pihak ketiga.
“Dengan penyelarasan ini, syarikat akan membayar fi yang sesuai kepada klinik swasta bagi menjaga kesihatan pekerja mereka. Kini, terdapat syarikat sanggup membayar fi tinggi di hospital swasta terapi tidak pada pihak klinik swasta dan kerajaan juga turut memperlambat penyelarasan walaupun pihak Kementerian Kesihatan bersetuju bahawa harmonisasi memang diperlukan,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE











