Penyalahgunaan dadah pelajar sekolah meningkat  - Utusan Malaysia

Penyalahgunaan dadah pelajar sekolah meningkat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seramai 27 pelajar sekolah menengah di negeri ini dikesan mengambil dadah hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini. 

Pengarahnya, Nazir Mohamad berkata, jumlah itu menunjukkan sedikit peningkatan apabila hanya 24 pelajar direkodkan dalam tempoh sama pada tahun lalu dengan kebanyakan membabitkan penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine.

Katanya, pelajar yang terlibat dikesan di kawasan ‘hot spot’ Orang Kena Pengawasan (OKP) termasuk Tanjung Kling, Tanjung Minyak, Kandang, Bandar Raya Melaka, Alor Gajah, Masjid Tanah dan Merlimau.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai 20 daripada 27 pelajar didapati positif dadah methamphetamine, enam ganja dan seorang mengambil dadah jenis Opiate.

“Kita percaya kesemua mereka ini mendapatkan bekalan dadah dengan mudah di kawasan persekitaran kediaman mereka contohnya mereka yang tinggal di kawasan perumahan flat,” katanya di sini hari ini.

Nazir berkata, ujian saringan air kencing itu akan diteruskan secara berkala di sekolah-sekolah menengah di negeri ini untuk mengekang penularan gejala dadah dalam kalangan pelajar. 

“Pihak AADK juga kerap menganjurkan kem untuk memberikan bantuan pemulihan psikologi dan kaunseling kepada pelajar positif dadah agar mereka ini dapat diselamatkan sekali gus mengurangkan bilangan penagihan dadah termasuk OKP ,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini