KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut dirempuh lori dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 24.2 Lebuh Raya Damansara Puchong menghala ke Putrajaya, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori jenis Nissan dengan motosikal jenis Yamaha LC. “Hasil siasatan awal mendapati kemalangan terjadi apabila pemandu lori terbabit melanggar penunggang motosikal tersebut lalu menyeret mangsa dan menyebabkannya tersepit di…










