Penubuhan Jabatan Pendidikan Islam Melaka dimuktamad tahun ini - Utusan Malaysia

Penubuhan Jabatan Pendidikan Islam Melaka dimuktamad tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Kerajaan negeri berharap penubuhan Jabatan Pendidikan Islam yang masih dalam proses perbincangan dapat dimuktamad dan direalisasikan tahun ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kelewatan pembangunan jabatan yang sebelum ini dijadualkan dapat ditubuhkan Mac lalu terpaksa ditunda atas beberapa faktor termasuk melibatkan isu perlembagaan.

Menurutnya, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagaimanapun sedang membuat perbincangan secara lebih menyeluruh daripada segi pelaksanaan dan peranan jabatan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perbincangan masih dibuat hasil daripada keputusan perbincangan MAIM itu akan ada mekanismanya dan bagaimana kita dapat melaksanakan hasrat tersebut.

“Kita akan cuba memuktamadkannya tahun ini termasuk pelan tindakan juga dimuktamadkan tahun ini. Apa pun dari segi pelaksanaanya banyak bergantung kepada proses yang telah kita rancang itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Hasan; Pengarah JAIM, Md. Azhan Samat dan Setiausaha MAIM, Azman Aziz. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini