KEPALA BATAS – Seorang penjual kuih maut manakala suaminya cedera selepas gerai jualan mereka dirempuh sebuah kenderaan dipercayai dipandu seorang lelaki dalam keadaan mabuk dalam kejadian di Bertam Indah, dekat sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Roslinda Mohamad Isa, 44, turut tercampak ke tengah jalan akibat rempuhan kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki seorang lelaki berusia 31 tahun. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Noorzainy Mohd. Noor, suami mangsa, Mat Subri Saad, 44, yang juga berada di gerai jualan itu turut cedera di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya