KUALA LUMPUR – Seorang peniaga dipercayai mempunyai kes lampau dan dikehendaki polis ditahan pihak berkuasa disyaki menjual dadah jenis ganja dan pil eramin 5 pada Khamis lepas. Bertindak atas risikan maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi memberkas suspek yang berusia 33 tahun terbabit di Kampung Baru pada pukul 11.15 malam. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Fahmi Visuvanathan Abdullah…










