KOTA BHARU – Seramai 130 penduduk di sekitar Melor menerima perkhidmatan ‘bojeng’ (menggayakan) rambut sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Angkatan Muda Keadilan Kelantan (AMK) Ketereh. Ketua Pemuda AMK Ketereh Khairul Anuar Azhan berkata, program yang mendapat kerjasama YT Baber Shop, Melor itu bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada penduduk setempat menikmati kemudahan ‘bojeng’ rambut secara percuma. “Besar harapan kita agar penduduk yang menikmati kemudahan ini dapat tampil dengan lebih bergaya…









