Penduduk diminta tidak panik jangkitan ILI - Utusan Malaysia

Penduduk diminta tidak panik jangkitan ILI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Penduduk dinasihatkan tidak panik dengan kes jangkitan saluran pernafasan (ILI) melibatkan 14 penghuni rumah kongsi di Kampung Kendong Baru, Kota di Rembau, semalam.

AMINUDDIN HARUN
AMINUDDIN HARUN 

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya akan mendapatkan laporan berhubung kejadian itu daripada Jabatan Kesihatan negeri dan memastikan ia tidak berulang.

“Kita akan lihat apa yang sebenarnya berlaku di tempat kejadian. Mungkin air sungai yang digunakan mereka di rumah kongsi itu tidak bersih.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya akan dapatkan laporan segera daripada Jabatan Kesihatan negeri dan Jabatan Alam Sekitar juga akan lihat masalah ini.

“Saya nasihatkan penduduk supaya tidak panik dan sentiasa mengikuti nasihat pihak berkuasa bagi mengelak masalah lebih besar di kawasan itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan di sini hari ini.

Seramai 14 penghuni rumah kongsi di sebuah ladang tembikai di Kampung Kendong Baru disahkan dijangkiti ILI semalam selepas mereka mengadu demam, batuk, selesema serta sesak nafas.

Lima daripada mereka yang merupakan Orang Asli suku Jakun dimasukkan ke Hospital Tampin, manakala sembilan lagi iaitu empat Orang Asli, tiga warga Bangladesh dan dua Indonesia diberi rawatan sebagai pesakit luar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini