Kehadiran plastik memang memudahkan kehidupan kita dengan harga yang tampak murah tetapi hakikatnya kos penggunaannya, terutamanya single use plastics ternyata sangat mahal. Sepanjang dekad pertama abad ini, dunia telah saksikan pengeluaran plastik mengatasi jumlah keseluruhan di abad ke 20. Namun, kesudahannya agak tragis di mana berbilion kilogram plastik diguna, berakhir di lautan. Kedayatahanan plastik sangat tinggi sehinggakan Agensi Pelindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (AS) telah menyifatkan setiap cebisan plastik dicipta…