Pemuda ditemukan lemas di Pam Kemubu - Utusan Malaysia

Pemuda ditemukan lemas di Pam Kemubu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG – Seorang pemuda berusia 30 tahun ditemukan mati lemas di Pam Kemubu, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Ganti Jimmy berkata, mayat mangsa, Mohamad Izzudin Mohd Nor telah ditemukan oleh orang awam kira-kira pukul 8.20 pagi.

Menurutnya, sebelum kejadian keluarga mangsa ada membuat laporan kehilangan mangsa pada 10 Jun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa dikatakan keluar rumah pada 9 Jun sebelum ditemui lemas pagi semalam.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang di sini hari ini.

Ganti berkata, setakat ini kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

“Walaubagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini