Pemandu lori maut, motosikal dirempuh kereta Perodua Myvi - Utusan Malaysia

Pemandu lori maut, motosikal dirempuh kereta Perodua Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Seorang pemandu lori maut selepas motosikal Honda EX5 yang ditungganginya dirempuh oleh sebuah kereta Perodua Myvi di Jalan Kerteh – Batu Putih berhampiran Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Ranggon, Kerteh dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi itu, Zakaria Ahmad, 62, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, penumpang kereta Perodua Myvi berkenaan, Muhammad Faris Aiman Mohamad, 16, yang merupakan pelajar tingkat empat Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Bayan, Paka, Dungun pula cedera ringan di bahagian mulut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, sewaktu kejadian, Zakaria yang menunggang motosikal berseorangan dikatakan dalam perjalanan ke Kerteh dari rumahnya di Kampung Batu Putih dekat sini.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, motosikal Honda EX5 dinaiki mangsa dikatakan dirempuh kereta Perodua Myvi dipandu abang Muhamad Faris yang memasuki persimpangan jalan berkenaan.

“Impak rempuhan itu menyebabkan mangsa dan motosikalnya tercampak ke dalam belukar di tepi jalan manakala kereta Perodua Myvi berkenaan juga hilang kawalan lalu terbalik di lokasi kejadian,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini