Peluang miliki rumah mampu milik PR1MA - Utusan Malaysia

Peluang miliki rumah mampu milik PR1MA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH – Orang ramai khususnya penduduk di wilayah utara perlu merebut peluang memiliki rumah mampu milik PR1MA Residensi Permatang Pauh di sini dengan mengunjungi Hari Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan pemaju projek itu, Excel Focus Properties Sdn. Bhd. pada esok dan Ahad ini.

Bertempat di Signature Avenue, Jalan Lestari, Seberang Perai di sini, Hari Terbuka Aidilfitri PR1MA Residensi Permatang Pauh itu akan bermula pukul 9.30 pagi hingga 6.30 petang.

Menurut Pengarah Urusan Excel Focus Properties, Datuk Mohamed Iqbal S. Habeeb Noohu, hari terbuka itu merupakan peluang terbaik kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai projek perumahan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, dengan hanya beberapa unit sahaja lagi yang tersedia di pasaran, hari terbuka itu mungkin menjadi peluang terakhir kepada orang ramai untuk memiliki kediaman sendiri pada harga mampu milik di lokasi primer di negeri ini.

“Selain beramah mesra dan menikmati hidangan ringan sempena sambutan Aidilfitri, pengunjung juga boleh mengunjungi rumah contoh unit kediaman ini serta mendapatkan maklumat seperti kelayakan pinjaman dan sebagainya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dijual pada harga hanya RM250,000 bagi pembeli rumah pertama dan pengundi di Pulau Pinang dan RM275,000 bagi pembeli rumah kedua dan bukan pengundi di Pulau Pinang, PR1MA Residensi Permatang Pauh merupakan antara projek kediaman baharu yang bukan sahaja pada harga mampu milik, tetapi jauh lebih rendah berbanding projek setaranya.

PR1MA
 

Projek dengan dua blok setinggi 33 tingkat itu mempunyai sebanyak 1,017 unit pangsapuri dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air pada keluasan 900 kaki persegi.

Lebih menarik, projek itu juga dilengkapi pelbagai fasiliti antaranya kolam renang, taman rekreasi, tadika, dewan serbaguna dan surau serta masing-masing satu lot parkir kereta dan motosikal tanpa tambahan kos.

Terletak kurang lima minit dari jalan raya utama Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), lokasi projek itu boleh menghubungkan penduduknya ke mana-mana lokasi utama dengan mudah dan pantas.

Selain itu, projek tersebut juga dikelilingi pelbagai prasarana yang memudahkan kehidupan penghuninya seperti hanya berjarak kira-kira dua kilometer (km) dari Balai Polis Seberang Jaya; UiTM Permatang Pauh (2km); Pasar Raya AEON (2.4km) dan Hospital Seberang Jaya (3.2km).

Maklumat lanjut mengenai projek ini juga boleh didapati dengan menghubungi talian 1700818717 atau melayari Facebook Excel Focus Properties Sdn. Bhd.. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini