MEDAN 30 Jun – Sekumpulan pelajar dari Universiti Medan (Unimed) berjaya menghasilkan minuman kaya protein dengan menggunakan biji saga. Antara News melaporkan, minuman itu dinamakan sebagai Sagayo atau minuman yogurt segar. Jurucakap Unimed, Indah Futri berkata, pokok saga banyak tumbuh di Desa Tembung di daerah Deli Serdang, sekali gus menjadi prospek tinggi dalam sektor perniagaan dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Indah juga memaklumkan bahawa Unimed akan memberikan bantuan…