KEMAMAN – Seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail 2 di sini maut selepas motosikal Yahama LC yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 157, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Dato’ Ibrahim Fikri, Chukai di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 6.45 petang itu, Abdul Rahman Mohd. Azmi, 16, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, sewaktu kejadian, Abdul Rahman dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Mak Chili Paya di sini dari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya