Pelajar sekolah rancang serangan bom di Bulgaria - Utusan Malaysia

Pelajar sekolah rancang serangan bom di Bulgaria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOFIA – Pendakwa Raya Bulgaria hari ini membuka siasatan serangan bom yang dirancang seorang pelajar sekolah tinggi elit yang mendapat inspirasi daripada Daesh.

Timbalan Ketua Pendakwa Raya, Ivan Gueshev berkata, pelajar tersebut merupakan ‘sangat bijak’ dan tinggal di Plovdiv.

Katanya, siasatan itu juga yang pertama di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beberapa alat letupan buatan sendiri ditemukan di rumahnya termasuk bom diperbuat daripada paip dan wayar elektrik sering digunakan di Amerika Syarikat (AS).

“Selanjutnya, 14.5 kilogram bahan letupan yang digunakan seperti serangan di Belgium dan Perancis ditemukan dalam bekas plastik dikelilingi paku bagi kemusnahan maksimum,” katanya.

Tambahnya, kes klasik rekrut dan radikalisme belia bawah umur melalui internet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini