Pekerja kilang tahan sakit setengah jam tersepit dalam kereta - Utusan Malaysia

Pekerja kilang tahan sakit setengah jam tersepit dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Seorang pekerja kilang melalui detik cemas apabila tersepit hampir setengah jam setelah kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di Kilometer 103 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat sini petang semalam.

Khairul Azhar A. Ghani, 27, dari Kampung Bukit Kecil Chalok, Setiu berjaya dikeluarkan pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Kerteh dan Paka.

Kemalangan berlaku pukul 3.30 petang berhampiran lampu isyarat Ethlin sempadan Kemaman-Dungun dekat sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seramai 12 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK ll) Hasamuddin Yusof bertungkus lumus mengeluarkan mangsa tersepit dengan membuat pemotongan kereta (Roof Removal) sebelum mangsa dihantar ke hospital dengan ambulans.

Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mohd. Haki Hasbullah ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, ketika kejadian mangsa yang berseorangan dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu

“Apabila sampai di tempat kejadian tiba-tiba kereta Proton Wira dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan lalu naik ke atas pembahagi jalan sebelum terlanggar sebatang pokok di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut manakala siasatan lanjut mengenai kejadian itu masih dijalankan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini