KEMAMAN – Seorang pekerja kilang melalui detik cemas apabila tersepit hampir setengah jam setelah kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di Kilometer 103 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat sini petang semalam. Khairul Azhar A. Ghani, 27, dari Kampung Bukit Kecil Chalok, Setiu berjaya dikeluarkan pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Kerteh dan Paka. Kemalangan berlaku pukul 3.30 petang berhampiran lampu isyarat Ethlin sempadan Kemaman-Dungun dekat sini. Seramai 12 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK ll) Hasamuddin Yusof bertungkus lumus mengeluarkan mangsa tersepit dengan membuat pemotongan kereta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya