Pejabat peguam, kontraktor terbakar - Utusan Malaysia

Pejabat peguam, kontraktor terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Dua buah lot kedai satu tingkat yang menempatkan pejabat peguam dan pejabat kontraktor musnah dalam satu kebakaran di Taman Kempas Utama, di sini kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau dan BBP Johor Bahru dengan kekuatan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan satu lori tangki air dikejarkan ke tempat kejadian.

Ketua operasinya, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saiful Bahri Safar berkata, khidmat dua BBP diperlukan dalam memadam kebakaran tersebut yang masih berlaku sehingga kini.

Memuatkan artikel berkaitan…
Pejabat peguam, kontraktor terbakar

“Setibanya pasukan bomba dan penyelamat di tempat kejadian, kebakaran sedang berlaku di dua lot kedai satu tingkat struktur kekal berkeluasan 20×60 kaki setiap lot kedai.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca dan anggaran masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini