KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat 26 pegawai kanannya yang berkuat kuasa pada 22 Julai ini. Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad berkata, Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1, Bukit Aman, Datuk Mohamed Farid Abu Hassan dilantik menjadi Pengarah Cawangan Khas. “Ketua Penolong Pengarah (Pengangkutan), Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Mohd. Hishamudin Tahar akan bertukar sebagai Komander…










