Pasangan selebriti Korea Selatan umum bercerai - Utusan Malaysia

Pasangan selebriti Korea Selatan umum bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL 27 Jun – Khabar angin mengenai pergolakan rumah tangga pasangan popular Korea Selatan Song Joong-ki dan Song Hye-kyo akhirnya terjawab apabila dia memfailkan permohonan cerai.

Bangkok Post melaporkan, perkara itu diumumkan oleh peguam yang mewakili Joong-ki dalam satu kenyataan kepada pihak media hari ini.

“Saya telah memfailkan perceraian dan proses itu sedang berjalan lancar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kami berdua berharap untuk menyelesaikan penceraian ini dengan baik dan mahu berpisah secara baik tanpa menuduh sesama sendiri,” kata Joong-ki, 33, dalam kenyataan itu.

Dalam kenyataan berasingan yang dikeluarkan oleh sebuah agtensi bakat, Hye-kyo, 37, memberitahu perpisahan mereka adalah disebabkan oleh perbezaan personaliti.

Keputusan pasangan itu untuk bercerai turut mendapat reaksi warganet yang menyifatkan mereka sebagai pasangan yang serasi.

“Ini adalah pengakhiran satu kisah cinta yang indah. Bagaimanapun saya tetap kekal menjadi peminat,” kata pemilik akaun @BbHourBlythe di Twitternya.

Bibit cinta antara pasangan ini mula mekar apabila sama-sama membintangi drama popular Descendants Of The Sun. Mereka kemudiannya berkahwin pada 31 Oktober 2017.

Bagaimanpun perkahwinan mereka hanya kekal untuk tempoh kurang dari dua tahun. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini