KUALA LUMPUR 6 Jun – Pas menyokong pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa mulai 1 Jun lalu. Berikut merupakan kenyataan penuh Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berhubung pelantikan itu: 1. Pas mengalu-alukan perlantikan Peguam Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu. Mengikut Seksyen 5(1), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009, Yang di-Pertuan Agong melantik…










