KUANTAN – Pas menolak bersama-sama dengan DAP untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu kerana parti itu mengenali siapa sebenarnya musuh utama Islam.
DATUK HASHIM JASIN
Mursyidul Amnya, Datuk Hashim Jasin berkata, Pas tidak pernah menyesal dengan pendirian teguh itu walaupun ia menutup peluang mereka untuk menjadi menteri mahu pun meraih kemewahan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kita kenal siapa musuh dan siapa kawan. Biarlah kita tak jadi nenteri pun, biarlah kita duduk dalam keadaan yang sama seperti sekarang.
“Dalam masyarakat dan arena politik, ada orang Islam yang sanggup keluar dari jemaah dan mereka buat macam-macam untuk menimbulkan masalah,” katanya dalam ucapan penggulungan dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-65 di sini. – UTUSAN ONLINE











