JELEBU – Sebuah peluncur udara bermotor atau paramotor terhempas di satu kawasan dekat Purun, Kuala Klawang di sini kira-kira pukul 3.30 petang tadi. Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, berdasarkan maklumat orang awam, dua orang yang menaiki peluncur itu dipercayai mengalami kecederaan dalam kemalangan itu. Bagaimanapun, katanya, sehingga malam ini, tiada mangsa yang datang membuat laporan polis mengenai kejadian itu. “Semakan di hospital mendapati tiada mangsa mendapatkan…









