JELEBU – Sebuah bangkai paramotor ditemui di sebuah kawasan semak di Purun, Kuala Klawang dekat sini hari ini dipercayai terhempas kira-kira pukul 3.30 petang tadi. Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, paramotor yang rentung itu ditemui oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Titi. “Kami terima maklumat awam pada pukul 3.36 petang terdapat sebuah paramotor dipercayai terhempas di kawasan Purun. “Siasatan menemui bangkai dipercayai paramotor terbakar di…









