Otai Reformis hanyalah macai - PPBM Terengganu - Utusan Malaysia

Otai Reformis hanyalah macai – PPBM Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pelik melihat tindak-tanduk kumpulan pendesak, Otai Reformis, yang begitu marah dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam isu video seks sejenis yang dikaitkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, seolah-olah mereka cukup tidak sabar untuk melihat Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu ‘terkubur’.

Pengerusi PPBM Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, sikap Otai Reformis yang mahu Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan sepertimana mereka kehendaki dalam isu tersebut, membuatkan timbulnya rasa curiga apakah kumpulan berkenaan sebahagian daripada dalang kepada video seks sejenis berkenaan.

Kecewa dengan tindak-tanduk tersebut, Razali berkata, Otai Reformis bukanlah otai, tetapi hanyalah macai yang menjalankan tugas bagi kepentingan pihak tertentu, khususnya mereka yang paling mendapat banyak manfaat sekiranya karier politik Mohamed Azmin berakhir.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masalah dalam kolam dia, dia nak babitkan sekali dengan kolam lain. Tun Mahathir melihat secara jauh, sebagai Perdana Menteri beliau beri jawapan mengikut apa yang beliau nampak dan faham, tetapi mereka nak Tun Mahathir jawab kepada media Azmin bersalah, dengan memberi tekanan agar Tun setuju bahawa itu video Azmin.

“Bermakna kalau kita baca politik Otai Reformis ini terbabit dalam konspirasi untuk menjatuhkan Azmin. Itu saya kata mereka ini bukan Otai Reformis tetapi macai untuk merosakkan pembinaan negera yang sedang dibuat oleh Tun bersama Kabinet,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini