TAPAH – Kesedaran mengenai kepentingan suntikan vaksin imunisasi dalam kalangan masyarakat Orang Asli di negara ini masih rendah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy. Beliau berkata antara puncanya ialah kurang ilmu pengetahuan mengenai kepentingan mengambil suntikan serta cara hidup mereka yang kerap berpindah-randah sehingga menyebabkan pegawai kesihatan sukar memberi suntikan imunisasi kepada kanak-kanak kaum minoriti itu. “Jadi, Kementerian Kesihatan bersama-sama Jakoa (Jabatan Kemajuan Orang Asli) akan melakukan…










