KUALA LUMPUR- Sebanyak 21,948 saman dikeluarkan dalam tempoh lima hari operasi Hari Raya Aidilfitri (HRA) sejak 29 Mei lalu. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, pihaknya turut melakukan pemeriksaan terhadap 34,595 buah kenderaan. Katanya, walaupun kadar pematuhan pengguna jalan raya meningkat namun kesedaran pemandu terutamanya pemandu bas masih berkurangan. Jelas beliau, perkara ini dapat dilihat apabila masih ada pemandu bas yang melakukan kesalahan walaupun pegawai JPJ telah ditempatkan di…










