BERBAKTI kepada yang memerlukan. Itulah prinsip disemat sehingga mendorong Nur Izzah’ Atirah Mohamad Zain melibatkan diri dengan aktiviti kesukarelawan sekali gus meneruskan usaha arwah bapanya khusus dalam membantu golongan mualaf. Biarpun sibuk dengan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Melaka, anak bongsu daripada tujuh beradik itu masih sempat meluangkan masa bersama kumpulan Rakan Ziarah melawat dan menyantuni keluarga mualaf sekitar Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pelajar Diploma Perakaunan itu telah ditanamkan…










